Sabtu, 19 Mac 2011

perut bayi kembung

Sesiapa yang mempunyai anak yang mudah masuk angin,kembung perut...selepas bersalin sama ada berada dalam pantang atau usia bayi 0-12 bulan..pasti runsing bukan...!!!!!!!macam-macam minyak angin telah digunakan bagi mengatasi masalah ini....1 cara,petua paling mudah dilakukan oleh kita sebagai ibu bapa...lakukan perkara sebagai rutin harian..insya Allah..bayi mudah "kentut"buang angin,sendawa..dan mudah tidur dengan selesa selepas diurut.Ambil minyak kelapa atau minyak angin(minyak angin afiat botol hijau yang sejuk...atau minyak herba nona roguy/minyak bayi)campurkan sedikit seulas bawang putih dilenyekkan sedikit..urut secara perlahan-lahan pada kedua-dua pergelangan kaki bayi,keliling perut..daerah pusat..buatlaa putaran arah pusingan jam,lakukan selama 10-15minit setiap hari..insya Allah..1/2 jam pasti bayi,kanak-kanak tersebut memberi tindak balas yang positif...DAN...jika masih bermasalah lagi..dirikan kepala lutut kita,pegang bayi tersebut dengan kuat supaya tidak jatuh..dekatkan perutnya pada lutut kita dan pusingkan atau usapkan perut bayi tersebut...
DAN jika anda masih ragu-ragu untuk melakukan petua diatas...gunakan kedua-dua tapak tangan sapukan minyak dan gosok kedua-dua tangan tersebut terasa panas,haba pada tangan anda tuamkan pada perut bayi tersebut.lakukan berulang-ulang kali sehingga kita boleh merasai perut bayi tersebut agak suam2 kuku...Ingat yaa...bayi yang baru dilahirkan ibarat kain putih..kita sebagai ibu bapa yang mencorak warna kehidupan nya...dan dari tangan lah anak-anak kita didik...urutan,usapan kita sebagai ibu bapa memainkan peranan penting...kasih sayang bermula dari kita!!!!!!!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan