Selasa, 15 Mac 2011

petua bayi/kanak-kanak selsema atau hidung tersumbat

sekiranya anda menghadapi situasi begini tatkala bayi/anak kecil berusia 2 tahun kebawah selsema atau hidung tersumbat semasa tidur..tentu merisaukan anda bukan?????Tak nyenyak tidur kita dibuatnya anak meragam ini..mari kita amalkan petua berguna ini..Ambil sedikit kunyit hidup,minyak(minyak masak,baby oil pun boleh sedikit saja),kunyit hidup hendaklah ditumbuk sedikit dam campurkan sedikit minyak tersebut.Sapu pada ubun-ubun bayi atau kanak-kanak tersebut atau sekiranya kanak0kanak itu telah mencecah umur 2 tahun keatas bolehlah disapu atas hidung kanak-kanak tersebut bagi meredakan hidung tersumbat atau meredakan selsema anak-anak puan.Jika kunyit hidup tiada didapur tuan/puan boleh digunakan kunyit serbuk bagi menggantikan kunyit hidup.Adakala kita takut menggunakan vicks untuk disapukan pada bayi atau kanak-kanak...maka petua tradisional ini amat berkesan bagi mengatasi masalah ini.Saya sendiri kerap mengamalkan petua ini dari anak sulung sehinggalah anak ke 2 ini..sebab anak-anak saya mudah alergik dengan ubat-ubatan moden.Cuba jangan tak cuba yer...mudah dan selamat buat bayi,anak-anak kita yang kecil ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan